Seorang gadis maut manakala dua lagi cedera parah selepas Perodua Viva dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kadok-Ketereh, Kota Bharu pada Sabtu. Foto PDRM

KOTA BHARU – Seorang gadis maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain dalam kejadian berhampiran kedai keropok losong, Jalan Kadok-Ketereh di sini pada Sabtu.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang berusia 20-an maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara dua lagi mangsa yang parah menerima rawatan di Zon Merah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pada jam 1.35 tengah hari pihaknya menerima satu laporan berkaitan kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kereta dipandu gadis terbabit dari arah Tunjong menghala ke Ketereh.

“Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah belakang telah cuba memotong kereta dipandu mangsa

“Bagaimanapun pemandu Proton Waja dipercayai gagal memotong lalu melanggar bahagian sisi kanan sebelah hadapan kereta dipandu gadis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta sebelum bertembung dengan SUV di laluan bertentangan. Foto PDRM

Ujarnya, akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Viva telah berpusing lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan perlanggaran dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier yang dipandu seorang lelaki berusia awal 50-an.

Mohd Rosdi berkata, pemandu dan penumpang Toyota Harrier mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di zon hijau Hospital Pakar HUSM.

“Usaha mengesan pemandu kereta Proton Waja sedang giat dilakukan.

“Kes ini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami meminta orang ramai yang melihat kemalangan ini tampil hadir untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau boleh berhubung di talian 09-7752315,” katanya.

Source link

SELUAR DALAM WANITA 91221# [3pcs/set] WOMENS UNDERWEAR/ SPENDER WANITA GADIS TIGA HELAI DEWASA WANITA LADIES PANTIES
Shopee.com.my
5.0
RM12.90

SELUAR DALAM WANITA 800560# [3pcs/set] WOMENS UNDERWEAR/ SPENDER WANITA GADIS TIGA HELAI DEWASA WANITA LADIES PANTIES
Shopee.com.my
5.0
RM9.90

-64%
CINVIK gadis seluar dalam wanita jepun kapas wanita pinggang tengah seksi renda boleh bernafas tiada jejak wanita seluar segi tiga kod eropah
Shopee.com.my
5.0
RM3.98 RM11.06

Leave a Reply