Kisah balas dendam gadis cantik bertatu.
THE GIRL ON THE BULLDOZER (2022)
Kali ni Kim Hye Yoon membawa watak yang agak berbeza dari kebiasaannya. Dia punya acting skill memang power. Menjadi betul dia bawak watak kasar macam ni. Filem ni kisah pasal seorang remaja perempuan cuba untuk merungkai misteri disebalik kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ayahnya. Mula2 dia ingat kem4tian biasa je tapi disebabkan pihak insurance berulang2 kali menghubunginya, dia mula merasakan ada sesuatu yang aneh.
Konfliknya bermula apabila dia bersama adik lelakinya dihalau keluar daripada kedai makan milik mendiang ayahnya. Kerana terlalu marah, dia pun memulakan langkah untuk mencari tahu kebenaran disebalik kejadian yang menimpa ayahnya. Dalam filem ni korang boleh tengok macam mana gadis berusia 19 tahun ni dengan beraninya pergi gegar orang2 yang telah menganiaya ayahnya. Cara dia balas dendam memang style giler. Takde pukul2 dah. Bedozar terus dia guna🤣
Sakit perut aku gelak masa scene kereta polis ramai2 dok kejar bedozar yang dia bawak tu🤣 Btw ni bukan filem komedi yer gaisss. Cuma aku ni sejenis yang mudah terhibur sikit. Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok filem ni dekat Astro GO.
#AstroGO
#StreamOnAstro