JERANTUT: Seramai 150 orang saudara baharu perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Bangkong di sini teruja dan tidak sabar menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Batin Kampung Sungai Bangkong, Selim Panjang, 38, berkata, seramai 150 orang daripada 212 penduduk di situ beragama Islam dan menjalani ibadah puasa, solat tarawih serta turut membuat kuih raya dan membeli baju baharu.

“Menjelang Hari Raya Aidilfitri, suri rumah seperti isteri saya, Fauziah Gembong, 33, turut menukar langsir baharu dan membersihkan kawasan rumah bagi menanti kehadiran tetamu di pagi hari raya.

“Penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka kerana menyumbang bakul makanan dan duit raya kepada saudara baharu Islam di kampung ini,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyantuni dan menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada penduduk Kampung Orang Asli Sungai Bangkong dan Kampung Sungai Jempol.

“Sambil kita membantu Orang Asli beragama Islam, kita juga menyapa dan menyantuni yang bukan Islam dengan harapan mereka tertarik memeluk agama Islam.

“Tiada paksaan buat mereka memeluk agama Islam tetapi ia adalah atas keredaan diri sendiri. Ini selari dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya. – UTUSAN





Source link

华文高层次思维技能/理解文练习/辉煌出版社/4年级
Shopee.com.my
5.0
RM4.80
华文高层次思维技能/理解文练习/辉煌出版社/4年级
辉煌出版社最优辅助系列✭华文语法6年级✭
Shopee.com.my
RM6.00
辉煌出版社最优辅助系列✭华文语法6年级✭
(旧版) 体育与健康教育/最强复习本/1年级/辉煌出版社
Shopee.com.my
RM6.00
(旧版) 体育与健康教育/最强复习本/1年级/辉煌出版社
(旧版)最优辅助系列/华文语法/6年级/辉煌出版社
Shopee.com.my
RM5.40
(旧版)最优辅助系列/华文语法/6年级/辉煌出版社
华文高层次思维技能/理解文练习/辉煌出版社/4年级
Shopee.com.my
5.0
华文高层次思维技能/理解文练习/辉煌出版社/4年级
辉煌出版社最优辅助系列✭华文语法6年级✭
Shopee.com.my
辉煌出版社最优辅助系列✭华文语法6年级✭
(旧版) 体育与健康教育/最强复习本/1年级/辉煌出版社
Shopee.com.my
(旧版) 体育与健康教育/最强复习本/1年级/辉煌出版社
(旧版)最优辅助系列/华文语法/6年级/辉煌出版社
Shopee.com.my
(旧版)最优辅助系列/华文语法/6年级/辉煌出版社

Leave a Reply