Kempen baru G-SHOCK yang diberi nama TOUGH LIKE YOU adalah sebagai penghargaan kepada individu yang gigih mengharungi dunia yang penuh cabaran setiap hari. G-SHOCK percaya bahawa jam tangan yang dipakai berkait rapat dengan jiwa seseorang, maka, rangkaian jam tangan G-STEEL yang baru ini adalah perwujudan semangat kegigihan, mencerminkan ketabahan pemakainya.
Jam tangan ini bukan sekadar aksesori; ia adalah lambang kehormatan bagi individu yang mampu mengharungi hari yang penuh cabaran, setiap hari. Kempen ini mendorong individu untuk merangkul kegigihan dalaman dan luaran, tanpa mengira sekalipun sebesar mana situasinya, sama ada besar atau kecil; malah jika hanya tugas harian seperti pergi bekerja – kerana anda tidak hanya mampu bertahan dalam dunia yang penuh cabaran, tetapi mampu mengatasiinya.
Perkenalkan evolusi terkini dalam kegigihan dari CASIO G-SHOCK: siri GBM-2100. Sejak tahun 1983, G-SHOCK sentiasa meneroka batasan ketahanan, dan model berbentuk octagonal ini tidak terkecuali. Menambah baik reka bentuk ikonik GM-2100, siri GBM-2100 memperkenalkan kemampuan Bluetooth® dan solar, memastikan prestasi yang tiada tanding dalam apa jua situasi.
Disediakan dalam tiga warna dial berbeza – hitam klasik, biru elegan, dan hijau menyala – dalam 4 model yang berbeza, koleksi baru ini kini boleh didapati di semua kedai G-SHOCK yang sah, G-Factory, dan di laman e-dagang DI SINI, dijual dengan harga RM1,295 untuk tiga model dengan tali hitam (GBM-2100-1ADR / GBM-2100A-1A2DR / GBM-2100A-1A3DR) dan RM1,365 untuk GBM-2100B-7ADR, model eksklusif dalam talian dengan tali putih.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi G-SHOCK. Jangan lupa untuk mengikuti kami di Instagram, Facebook, atau Telegram untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini dan berita terkini.
Source link