LONDON: Saintis di London memperkenalkan alat fon kepala jenis baharu menggunakan arus elektrik untuk membantu orang ramai merawat sendiri masalah kemurungan di rumah.

Lapor majalah New  Scientist, pendekatan yang dikenali sebagai rangsangan arus terus transkranial (tDCS), didapati berkesan apabila digunakan selama kira-kira 30 minit beberapa kali dalam seminggu. 

Saintis University of East London, Cynthia Fu berkata, terapi berkenaan sebelum ini hanya dilakukan di klinik atau makmal di bawah pengawasan perubatan, tetapi kajian menunjukkan penggunaan set kepala tDCS di rumah juga boleh mengurangkan gejala kemurungan.

Dapatan itu diterbitkan selepas Fu dan rakan saintis menguji set fon kepala keluaran firma Sweden Flow Neuroscience kepada 174 pesakit kemurungan.

“Kemurungan biasanya dirawat dengan terapi bercakap atau ubat-ubatan, tetapi kaedah ini tidak berkesan untuk semua orang. Justeru rangsangan otak elektrik seperti tDCS sedang diterokai sebagai rawatan yang berpotensi. 

“Alat fon kepala yang mempunyai dua elektrod span akan diletakkan pada dahi dan arus ringan mengalir dari kiri ke kanan. Ini membantu mengaktifkan sel-sel otak di sebelah kiri, terutamanya di kawasan yang dipanggil korteks prefrontal dorsolateral kiri. 

“Bahagian otak ini tidak aktif seperti yang sepatutnya pada orang yang mengalami kemurungan. Jadi, dengan menggunakan set kepala secara kerap di rumah, ia membantu memperbaiki gejala kemurungan bagi sesetengah individu,” jelasnya.

Menurut Fu, sesi rangsangan berulang boleh membawa kepada perubahan jangka panjang dan meningkatkan tahap aktiviti dalam sel-sel otak. 





Source link

Ubat lipas satu saiz hujung sarang melalui membunuh kemurungan dan membunuh artifak lipas sekali di rumah dapur lipas me
Shopee.com.my
RM38.01
Ubat lipas satu saiz hujung sarang melalui membunuh kemurungan dan membunuh artifak lipas sekali di rumah dapur lipas me

Leave a Reply