Filem yang sesuai untuk peminat cerita penangkapan hantu.


Filem yang sesuai ditonton oleh peminat kisah penangkap hantu.

Dr. Cheon And The Lost Talisman

Berdasarkan webtoon Korea popular bertajuk Possessed, Dr. Cheon and the Lost Talisman mengikuti kisah penghalau hantu (Gang Dong-won) yang ternyata hanyalah seorang penipu/scam.

Pada hakikatnya, dia adalah seorang bintang media sosial yang telah mengaut untung dari followers yang mudah ditipu.

Seorang wanita bernama Yoo-kyung (Esom) telah mengupahnya untuk pekerjaan menghalau hantu. Dia menganggap ini merupakan salah seorang lagi peminat saluran YouTubenya yang bersedia untuk jatuh cinta dengan segala penipuannya.

Walau bagaimanapun, selepas menerima tugas tersebut, dia dapat sesuatu yang sangat menarik. Dirinya terperangkap di dalam pelbagai peristiwa yang sangat pelik yang menakjubkan.

– Filem ini sudah boleh ditonton dekat Viu di bawah kategori Korean Movies. Filem ni masih baru, ahad lepas masuk dalam list.
#ViuMalaysia




Source

Leave a Reply