Filem ni memang power gila. Tonton atas risiko sendiri. Berdasarkan kisah benar tentang…

Filem ni ganas gila. Tonton atas risiko sendiri. Berdasarkan kisah benar tentang beruang yang mengganas sebab dah ketagih kokain.

Cocaine Bear (2023)

Kebodohan bermula apabila seorang penyeludup kokain yang bengap tak sengaja jatuh dari kapal terbang dan mati.

Kapal terbang tu ada banyak kokain yang dia sepatutnya jatuhkan dari udara. Tapi time dia nak terjun parachute dia terhantuk pengsan dan jatuh bawah.

Malang menimpa-nimpa bila kokain tu tadi jatuh kat sebuah hutan simpan dan seekor beruang hitam tersedut dan terus high. Siap ketagih lagi.

Lepas dah ketagih dan ting tong ni la beruang hitam tu mula menyerang orang dengan cara yang ganas. Sampai putus tercabut kaki tangan dia kerjakan.

Beruang hitam ni kalau dia serang kita memang lari pun tak guna dah. Dalam filem ni ambulan yang datang nak selamatkan orang pun habis dia kejar dan jahanamkan.

Ketua samseng hantar budak dia nak ambik balik kokain tu..dengan dia sekali pun bungkus. Bagi peminat filem komedi berdarah-darah macam ni boleh tonton secara halal dekat Astro Go ataupun HBO Go.

#AstroGo
#StreamOnAstro




Source

Leave a Reply