POKOK SENA: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) masih menunggu perkembangan daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah berkaitan fatwa terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di negeri ini.

Pengarah JHEAIK, Datuk Dr. Abd. Ghani Zainuddin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berkata, penentuan fatwa terhadap amalan dan kepercayaan kumpulan itu berada di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti.

“Ini (fatwa) akan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah. Kita masih menunggu lagi apa kata Jabatan Mufti nanti.

“Isu GISBH ini memang jabatan agama sentiasa pantau. Buat masa ini tidak ada lagi gerakan atau amalan berkaitan dengan ajaran itu di sini,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Kabin Guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Abd. Ghani memaklumkan, JHEAIK mengesan lima sekolah disyaki milik GISBH di negeri ini iaitu dua di Padang Terap, dua di Kuala Muda dan satu di Baling yang sudah tidak beroperasi sejak kes itu hangat diperkatakan sebelum ini.

“Kita sudah membuat lawatan dan siasatan dari segi pendidikan, ada lima sekolah yang terlibat tetapi apabila kita melakukan pemeriksaan tidak terdapat apa-apa bahan yang boleh kita kaitkan dengan ajaran GISBH.

“Hasil siasatan juga mendapati sekolah berkenaan tidak berdaftar dengan jabatan ini dan JHEAIK akan terus memantau sekolah berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah beliau, JHEAIK turut melakukan pemantauan ke atas semua premis perniagaan disyaki milik syarikat tersebut.

“Kita periksa restoran-restoran yang beroperasi termasuk sebuah hotel yang ada hubungan dengan GISBH. Bila kita lakukan pemeriksaan mereka menjalankan aktiviti yang biasa. Tak ada yang kita boleh dapat butir-butir berkaitan dengan dengan ajaran-ajaran tertentu.

“Kita tak boleh halang mereka daripada nak meniaga. Cuma dari segi undang-undang agama adalah dari segi sijil halal yang kita periksa dengan teliti,” katanya.





Source link

-5%
Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud (Dwibahasa Arab-Melayu) - Karya Pis
Shopee.com.my
4.8
RM14.25 RM15.00
Fatwa Tentang Golongan Wahdatul Wujud (Dwibahasa Arab-Melayu) - Karya Pis
Fatwa Perihal Wanita dan Hukum Hakam Berkaitannya - Imam Abdullah bin Mahfuz Al-Haddad
Shopee.com.my
5.0
RM55.00
Fatwa Perihal Wanita dan Hukum Hakam Berkaitannya - Imam Abdullah bin Mahfuz Al-Haddad
Buku FATWA-FATWA BERKAITAN FIQH SEMASA DI MALAYSIA - (Dr. Basri Ibrahim)
Shopee.com.my
5.0
RM40.00
Buku FATWA-FATWA BERKAITAN FIQH SEMASA DI MALAYSIA - (Dr. Basri Ibrahim)

Leave a Reply