Hari ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan satu insentif RAHMAH khas untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semua rakyat Malaysia bakal menerima sekurang-kurangnya 5GB tambahan data Internet secara percuma!

Menurut Fahmi seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, inisiatif ini adalah hasil usaha kementerian bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Langkah ini selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dan mempereratkan hubungan dalam komunikasi semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

5GB Data Internet Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia pada Hari Pertama Aidilfitri

Datuk Fahmi Fadzil

Datuk Fahmi Fadzil

Dalam kenyataannya, Kementerian Komunikasi menjelaskan, insentif ini akan memberikan minimum 5GB data tambahan untuk semua pengguna prabayar dan pascabayar pada hari pertama Aidilfitri.

Data tambahan ini akan bertahan selama minimum 24 jam dan terpakai dengan syarat-syarat yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone, dan XOX Com.

Image 81

Kementerian juga mengingatkan bahawa maklumat lanjut akan diumumkan oleh setiap penyedia perkhidmatan, dan rakyat Malaysia boleh merujuk kepada soalan yang sering ditanya (FAQ) mengenai inisiatif ini di sini.

Saya juga baru faham yang Fahmi Fadzil berkata dalam sidang media, insentif ini bukanlah subsidi dari kerajaan, tetapi ditanggung sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Ternyata, semua provider ini nak bantu orang ramai sambut Raya dengan meriah tanpa risau data habis.


Apa pendapat anda tentang insentif RAHMAH ini sempena Hari Raya Aidilfitri? Kongsikan pandangan anda di komen!

Baca juga: BARU SAHAJA: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri pada 28 & 29 Mac

feat image 50



Source link

Leave a Reply