LONDON – Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mendakwa Chelsea dan Nottingham Forest selepas berlaku pergaduhan di tepi padang tercetus antara pemain mereka ketika seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, pada Ahad lalu.
Insiden itu bermula selepas pemain Forest, Neco Williams mencetus konfrontasi selepas terjahannya ke atas pemain Chelsea, Marc Cucurella.
Terjahan itu menyebabkan Marc Cucurella tercampak ke kawasan teknikal dan berlanggar dengan jurulatihnya Enzo Maresca.
Ia menyebabkan beberapa pemain kemudian menyertai pergaduhan itu termasuk sesetengah pemain dari bangku simpanan, tolak menolak antara satu sama lain sebelum pengadil Chris Kavanagh mengawal keadaan.
Perlawanan itu menyaksikan 11 kad kuning dilayangkan secara keseluruhan.
“Kedua-dua kelab didakwa gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan tidak wajar dan/atau provokatif sekitar minit ke-88. – Agensi
“Kedua-dua kelab diberi masa hingga esok untuk memberikan maklum balas mereka,” ” kata FA dalam satu kenyataan mengumumkan pertuduhan itu. – Agensi