Jika anda menonton siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 semalam, pastinya ada di antara yang tertanya siapakah dia Erysha Emyra yang diangkat sebagai Artis Baharu Wanita Popular di acara anugerah tersebut. Menerusi artikel ini kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang pelakon dan pempengaruh terkenal ini.
Erysha sebenarnya cukup terkenal dengan watak Aminah menerusi drama Aku Bukan Ustazah yang mana telah mempopularkan namanya di Malaysia dan Indonesia. Tidak dinafikan yang pelakon wanita dengan raut wajah jelita ini mewarisi bakat ibunya yang mana juga seorang pelakon senior pada era 90-an, Datin Seri Noniswara.
Kemenangannya pada amalam ABPBH 36 menepati ramalan ramai kerana bersandarkan wajahnya komersial serta drama yang dia lakonkan mendapat rating tinggi serta tidak lupa kontroversi dan gosip kisah cintanya.
Latar belakang Erysha Emyra
Nama sebenar adalah Nur Erysha Emyra binti Zakaria. Dia juga mempunyai nama panggilan iaitu Erysha Emyra. Dilahirkan pada 1 Disember 1999 di Kuala Lumpur, Erysha mendapat pendidikan di Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam urusan Perakauanan.
Pelakon cantik jelita ini dengan ketinggian 163cm tidak hanya seorang pelakon, tetapi juga seorang model dan personaliti media sosial.
Erysha Emyra adalah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik iaitu Naveer Mihshon Zakaria dan Nazeer Danish. Seperti yang dimaklumkan di atas, ibunya merupakan seorang pelakon wanita senior, Noniswara dan bapanya pula bernama Zakaria Rahman.
Selain itu, Erysha juga mempunyai kakak tiri iaitu Siti Hajaar, yang mana isteri kepada penyanyi MK K-Clique. Ibu kepada Erysha telah berkahwin dengan allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad sebelum ini yang mana merupakan perkahwinan ke-3.
Kerjaya
Erysha Emyra menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2022 yang mana pada ketika itu dia membintangi drama Perempuan Itu, arahan Ain Sharif dan Isma Yusoof. Menerusi drama tersebut, Erysha melakonkan watak sebagai Wardah.
Selepas itu, Erysha membintangi drama yang berjudul Chinta Wrong Direction bersama Hun Haqeem, di mana Erysha memegang watak Chinta.
Pencapaian
Umum tahu yang mana pencapaian terbaru Erysha adalah memenangi trofi ABPBH 36 dengan kategori Artis Baharu Wanita Popular yang sekaligus mengangkat namanya lebih tinggi dalam dunia hiburan tempatan. Tidak disangkal yang mana lakonanan di dalam drama Aku Bukan Ustazah sebagai Aminah adalah antara faktor namanya dikenali ramai dan mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat di Malaysia dan Indonesia.
Drama Aku Bukan Ustazah adalah sebuah drama adaptasi novel (Lyna Masud), yang mana adalah arahan Idora Abdul yang dibintangi Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.
Fakta tentang Erysha Emyra yang mungkin ramai tidak tahu
Berikut adalah serba sedikit antara fakta Erysha yang anda mungkin ingin tahu:
- Erysha merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
- Dia juga sebenarnya seorang pelajar bijak pandai dengan keputusan cemerlang memperoleh 9A dalam SPM pada tahun 2016.
- Dia juga adalah pernah mengalami detik cemas apabila kereta yang dipandunya Mini Cooper terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, yang mana terdapat video tular di media sosial akan insiden tersebut.
Sumber: Ecentral BHarian
Kredit foto Hero & Featured: Instagram Erysha
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
Note:
The information in this article is accurate as of the date of publication.