KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu dipercayai berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka.

Katanya, pihaknya sudah meneliti rakaman video terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Tambah Kok Chin, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan mereka yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu.

Terdahulu, tular video perbualan empat individu berkenaan dadah melalui penstriman langsung di sebuah aplikasi media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, salah seorang daripada mereka menunjukkan satu plastik berwarna lut sinar didakwa berisi dadah.

Selain itu, salah seorang daripada mereka turut menunjukkan satu botol air didakwa peralatan menghisap dadah.- KOSMO! ONLINE





Source link

EmpatBeranak Home Perfume Spray Bau Hotel 5 Bintang
Shopee.com.my
4.9
RM12.90
EmpatBeranak Home Perfume Spray Bau Hotel 5 Bintang
EmpatBeranak Home Perfume Candle Melts (Bau Hotel)
Shopee.com.my
4.9
RM19.90
EmpatBeranak Home Perfume Candle Melts (Bau Hotel)
EmpatBeranak Home Perfume Set Lengkap (Bau Hotel) *
Shopee.com.my
4.9
RM65.00
EmpatBeranak Home Perfume Set Lengkap (Bau Hotel) *
-59%
DEKO Rectangle Mirror Hanging Mirror Wall Mirror Vanity Mirror Makeup Mirror Deco Cermin Segi Empat Bathroom Mirror IKEA
Shopee.com.my
4.9
RM17.99 RM43.88
DEKO Rectangle Mirror Hanging Mirror Wall Mirror Vanity Mirror Makeup Mirror Deco Cermin Segi Empat Bathroom Mirror IKEA

Leave a Reply