Ratu Rock Malaysia, Ella bakal membuat kemunculan di pentas konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November depan.
Nyanyi lagu negaraku
Lebih menarik lagi, pelantun lagu Sembilu itu juga akan menyanyikan lagu Negaraku sempena acara perlumbaan MOTO GPTM.
Ella berbesar hati diberi peluang untuk mendendangkan lagu kebangsaan itu dan berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan nama-nama besar.
“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGPTM kelak.
“Dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jangan lupa untuk temui saya di AFTER RACE FEST nanti,” ujar Ella.
Sementara itu, Pengarah Urusan HFIVE Entertainment selaku penganjur, Sean Pereira berkata konsert itu sebagai hiburan istimewa buat semua pengunjung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPM.
“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGPTM diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.
BERITA TRENDING: DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’
BERITA TRENDING: “Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” – Aisha
BERITA TRENDING: Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun
BERITA TRENDING: Netizen Anggap Fattah Amin Kurang ‘Effort’ Pujuk
Bermula pada pukul 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, diikuti dengan persembahan bertenaga dari Ratu Rock ELLA.
Segment Lets Rock bersama Smash Mouth. Dan semestinya kemunculan headliner- Macklemore di Segment Solidarity merupakan sebuah kemunculan solidariti yang ditunggu-tunggu.
Mokhiber.
Dapatkan tiket After Race Fest berharga RM550 hanya dengan menggunakan promo code PayLater by GRAB.