Baru-baru ini, satu video tular memaparkan seorang wanita tua yang mencuri perhatian di sebuah panggung wayang di Xinjiang, China, setelah berhadapan dengan penonton lain.
Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut membuat penonton lain tidak selesa kerana dipercayai bercakap tanpa henti selama berjam-jam semasa tayangan filem.
Dia menerangkan cerita filem dengan lantang
Wanita itu dikatakan menerangkan keseluruhan jalan cerita filem dengan membaca skrip sambil watak-watak beraksi di layar. Bayangkan anda sedang tonton filem yang mendebarkan, tetapi ada orang di sebelah anda yang berbisik, “Lepas ni, dia kena tangkap!”
Tidak cukup dengan itu, dia juga mengangkat suara dan memarahi penonton yang minta dia bertenang, lebih-lebih lagi pada babak-babak penting. Beberapa orang cuba memberitahunya untuk berhenti, tetapi dia hanya buat tak endah dan terus membalas.
Keadaan menjadi lebih panas apabila beberapa penonton yang kecewa mula merakam tindakan wanita itu dari telefon mereka, sehingga mencetuskan pertengkaran.
Dia membaling ‘bubble tea’ kepada penonton
Dalam video tersebut, salah seorang penonton dilihat merakam wanita itu ketika dia hilang sabar, cuba menyerang orang yang merakam. Dalam kemarahan, wanita tua tersebut melemparkan satu cawan bubble tea kepada mereka sambil menjerit.
Walaupun ada orang di sebelahnya cuba menenangkan dan menghalangnya dari berdiri, dia terus berdiri dan menjerit kepada penonton yang merakam dengan kata-kata,
“Tak ada adab ke?”
Anda boleh tonton video penuh di bawah:
Apa pendapat anda tentang kejadian ini? Kongsikan di komen!
Also read: Wanita nak saman pekerja lebuh raya kerana memasak & makan anjingnya selepas melarikan diri dari pusat jagaan haiwan