Pelakon dan pelawak, Ebby Yus kini menjalani rawatan dialisis di rumah akibat masalah buah pinggang yang dihadapinya.
Menurut laporan Harian Metro, Ebby turut meluahkan rasa syukur atas sokongan rakan-rakan artis yang membantu meringankan bebannya.
Ebby Yus jalani rawatan dialisis air
Sekarang ni Ebby terpaksa menjalani dialisis air sebanyak dua kali sehari dan setiap sesi iti mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Alhamdulillah. Sekarang, saya jalani dialisis air sebab untuk dialisis darah, jantung tak kuat. Saya dah buat bilik khas di rumah untuk proses ini.
Pelawak itu juga memberitahu yang hospital kini memberinya cecair dialisis 7.5 peratus yang lebih kuat dan mampu bertahan sehingga 12 jam.
Perlu hadkan kuantiti air
Ebby juga perlu mengehadkan pengambilan air sehariannya kepada 800 mililiter sahaja dan bersyukur masih dapat membuang air kecil dengan baik.
Kalau saya kerap buang air kecil, saya boleh minum lebih. Berat badan pun dah naik. Sebelum ini, berat saya pernah turun hingga 59 kg, tapi sekarang dah naik semula ke 64 kg. Alhamdulillah, selera makan pun dah ok.
Ebby Yus tolak 3 tawaran derma buah pinggang
Bukan tu jer, Ebby mendedahkan yang dirinya mengambil keputusan untuk menolak tawaran daripada beberapa individu yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.
Ada tiga individu nak derma buah pinggang, tapi saya tolak. Saya tak sampai hati nak ambil, lebih-lebih lagi mereka pun ada keluarga. Kalau ada rezeki saya sihat, Alhamdulillah. Kalau tak ada, saya redha.
Pelawak itu juga memilih untuk tidak menerima organ daripada adik-beradiknya kerana bimbang ia mungkin tidak sesuai dengan badannya.
Ebby berkata beliau telah menghadapi pelbagai penyakit sejak usia 20-an lagi dan menganggap kekuatannya adalah kurniaan Allah.
Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada saya walaupun banyak penyakit yang saya tanggung selama hampir 60 tahun hidup ini.
#OhmediaNasihat
Setiap ujian kesihatan adalah peluang untuk kita bersyukur atas nikmat yang masih ada. Sokongan daripada keluarga dan rakan amat penting dalam menghadapi cabaran ini. Semoga kita semua terus menjaga kesihatan dan membantu mereka yang memerlukan.