SEPANG: Dua sahabat ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 8.12 kilogram (kg) dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Dalam serbuan polis di Cyberjaya dan Dengkil itu, suspek berusia 23 dan 29 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pemandu e-hailing dan pengusaha kedai nurseri pokok.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dua suspek saling mengenali, namun, dua kes rampasan dadah itu bukan daripada sindiket yang sama.

Beliau berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Cyberjaya kira-kira pukul 4.35 petang semalam dan berjaya merampas 8058.5 gram dadah jenis ganja.

“Dadah itu ditemukan dalam lapan bungkusan plastik hitam mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dan nilai rampasan dadah dianggarkan bernilai RM24,979.80,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan kedua di sebuah rumah Dengkil pula, Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya berjaya merampas satu balang plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 64 gram dianggarkan bernilai RM1,920.

Menurutnya, hasil saringan awal air kencing mendapati, suspek pertama positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) manakala, suspek kedua negatif dadah.

“Semakan mendapati, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Seksyen 39A(2) ADB 1952,” katanya.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah terutama berkaitan dadah kepada pihak polis sekali gus membantu membanteras penyalahgunaan dadah secara habis-habisan. – UTUSAN





Source link

Kopi Cap Dua Daun (Citarasa Asli Kopi Tradisional)
Shopee.com.my
5.0
RM2.50
Kopi Cap Dua Daun (Citarasa Asli Kopi Tradisional)
Serbuk Kopi Cap Dua Daun
Shopee.com.my
4.9
RM2.00
Serbuk Kopi Cap Dua Daun
CAP DUA DAUN Serbuk Kopi Campuran 550g (Serbuk Kasar)
Shopee.com.my
4.9
RM15.80
CAP DUA DAUN Serbuk Kopi Campuran 550g (Serbuk Kasar)
CAP DUA BAYI SOYA SAUCE 600ML(双宝牌酱青)
Shopee.com.my
5.0
RM6.68
CAP DUA BAYI SOYA SAUCE 600ML(双宝牌酱青)
Kopi Cap Dua Daun (Citarasa Asli Kopi Tradisional)
Shopee.com.my
5.0
Kopi Cap Dua Daun (Citarasa Asli Kopi Tradisional)
Serbuk Kopi Cap Dua Daun
Shopee.com.my
4.9
Serbuk Kopi Cap Dua Daun
CAP DUA DAUN Serbuk Kopi Campuran 550g (Serbuk Kasar)
Shopee.com.my
4.9
CAP DUA DAUN Serbuk Kopi Campuran 550g (Serbuk Kasar)
CAP DUA BAYI SOYA SAUCE 600ML(双宝牌酱青)
Shopee.com.my
5.0
CAP DUA BAYI SOYA SAUCE 600ML(双宝牌酱青)

Leave a Reply