Sesuai dengan tajuknya W: TWO WORLDS, kali ini watak dalam komik pulak pergi masuk dalam dunia nyata!!
Padu jugak episod-episod baru W: TWO WORLDS yang disajikan! Memang buat min tertunggu-tunggu episod 5,6,7 semua tu. Aduh lambatnya😭
Kisah mengenai manusia dari dimensi dunia nyata yang mengembara ke dimensi dunia komik dan takdirnya mula berubah di situ!
Omar (Faizal Hussein) yang merupakan pencipta komik W tidak berjaya mematikan watak utama komik tersebut iaitu Aliff (Hun Haqeem).
Macam-macam cara Omar guna untuk bunuh Aliff, tapi segala usahanya gagal! Nyawa Aliff di dunia komik sangat liat dan jalan cerita tidak lagi mengikut buah fikiran Omar apabila anaknya Izara (Daiyan Trisha) mula terjebak dalam dunia komik tersebut!
Pendek kata, makin lama makin padu siri Viu Original ini!!
Ramai mengkritik tanpa menonton siri ini, yang pastinya antara siri tempatan yang memang min tunggu-tunggu setiap minggu!
Sekarang Aliff dah masuk ke dimensi dunia nyata! Adakah dia akan berjaya mencari rahsia disebalik kematian keluarganya dan adakah dia dapat bertemu Izara lagi🫠
Jangan lupa layan kat Viu Malaysia
#ViuOriginal
#ViuMalaysia
Viu ni mcm Netflix ke..