Drama viral dengan rating tinggi akhirnya sampai ke minggu akhirnya…


Akhirnya drama yang viral dengan tontonan yang tinggi ni dah sampai ke minggu akhir. 😭

Takdir Itu Milik Aku
(strim di Astro Go)

Dian pun dah maafkan Datin Munirah, Zarif pun dah insaf. Tapi apa sebenarnya yang berlaku kat Zarif nanti? Kena la tonton sendiri.

Drama ni memang power aura dia. sampaikan yang asalnnya tak nak tengok pun confirm tertengok dan terfollow.

Kalau korang nak tau, drama ni siap dapat extended episode. Punyalah ramai yang minta drama ni dipanjangkan.

Tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir. Drama ni akan beri laluan kepada drama lain pulak. Adaptasi novel juga kalau tak silap min.

Siapa yang tak pernah tengok boleh baca sinopsis kat bawah ni.
👇👇👇👇👇

Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.

Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata

Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri.

Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?

#AstroGo
#StreamOnAstro







Source

Leave a Reply