Drama Korea ini adalah antara drama Korea terbaik yang min pernah layan.
Kisah balas dendam yang membuatkan min rasa nak masuk dalam TV balas dendam sama-sama😆 memang berbaloi! Jalan cerita semua best dan setiap episod, geng Teksi Pelangi ni akan menumpaskan penjenayah kejam yang menganiaya orang lain.
Kisah seorang anak muda yang join sebuah organisasi yang membalas dendam untu orang lain. Memang best!!!
Korang boleh stream je Kdrama 16 episod ni kat Astro Go.
Tajuk: TAXI DRIVER (2021)
Spoiler alert⚠️
Ibu kesayangannya mati dibunuh oleh pemhunuh bersiri yang sangat kejam! Pemuda ini mahu membalas dendam tetapi dia sedar kekuatan dan kemahirannya waktu itu tidak boleh membantunya, serba kekurangan tidak mampu berbuat apa-apa.
Kini dia bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Tapi jangan ingat pemandu teksi biasa ya!
Syarikat teksi tempatnya bekerja mengambil upah untuk membalas dendam dan pemuda ini berpeluang membalas dendam untuk setiap pelanggan yang teraniaya!
Sebuah kisah yang gelap dan penuh dendam! Apabila sistem yang sedia ada tidak mampu memberikan keadilan, keadilan itu terpaksa dicari sendiri dengan apa cara sekalipun!! Peminat setia Lee Je Hoon mest dah layan Kdrama ni. Season 2 pun gempak jugak guys!!
#StreamOnAstro
#AstroGo