Bulannya lepas, kita dapati DJI sedang bersedia untuk melancarkan drone kompak baru yang dikenali sebagai Flip. Semalam, syarikat itu telah mengeluarkan teaser yang mengesahkan tarikh pelancaran drone ini. Dan sebelum pelancaran berlaku, Flip sudah pun disenaraikan dalam pangkalan data SIRIM, menunjukkan ia akan tiba tidak lama lagi.
Flip telah mendapat kelulusan SIRIM pada 2 Januari 2025 dengan nombor model DF1A0424. Walaupun DJI masih belum mendedahkan maklumat rasmi tentang drone ini, beberapa kebocoran telah muncul dan memperlihatkan reka bentuk serta spesifikasi utama Flip.
Menurut seorang pembocor maklumat, Flip bakal dilengkapi dengan kamera 48MP yang menggunakan sensor 1/1.3 inci, dengan sudut pandangan 82.1 darjah dan zoom digital 4x. Tidak hanya itu, drone ini juga mampu merakam video dalam resolusi 4K serta menyokong format foto DNG dan RAW.
Berkenaan dengan spek penerbangan, dikatakan Flip mampu beroperasi sehingga 31 minit secara berterusan. Namun, jika hanya melayang, ia akan berkurang kepada 28 minit. Drone ini boleh mencapai kelajuan maksimum 16 m/s dan mempunyai jarak operasi hingga 14km. Flip juga dilengkapi bateri 22.3Wh (7.16V) dan seberat 249g. Pelancaran rasmi drone ini dijadualkan pada 14 Januari.
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk maklumat terkini dan berita panas.