KAJANG – Dua anggota polis  akan didakwa di mahkamah esok selepas ditahan kerana disyaki terlibat kes pemerasan wang di Jalan Taming Sari, di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang pada pukul 8.30 pagi, esok.

“Pertuduhan dibuat terhadap mereka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki asing membuat laporan polis berhubung kejadian itu seperti yang tular dalam media sosial.

Kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan.

Berikutan video 47 saat itu yang tular di media sosial, Hussein menegaskan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan atau rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply