KUALA LUMPUR: Selepas satu persatu melunaskan komitmen persembahan konsert, vokalis kumpulan Noah, Ariel mengakui kini berdepan dengan masalah pada peti suara dan disarankan berehat oleh doktor yang merawat.

Bagaimanapun, vokalis berusia 42 tahun itu memaklumkan buat masa ini, sukar untuk dirinya mengambil peluang berehart memandangkan masih ada beberapa komitmen persembahan yang harus ditunaikan.

“Saya akui, kini peti suara saya ada sedikit masalah dan doktor ada menyarankan supaya saya berehat selama beberapa hari. Tetapi, perkara itu mustahil (berehat) buat masa ini.

“Ini pun sudah saya dapatkan rawatan suntikan sebanyak dua kali di hospital,”katannya.

Selain itu, menurut Ariel, dia sedar, bagi memulihkan peti suaranya itu, rehat yang panjang amat diperlukan.

Berikutan itu, katanya, bermula pada tahun hadapan, dia bersama kumpulan Noah akan mengambil waktu yang panjang untuk berehat daripada sebarang acara persembahan.

“Tahun depan kami rancang untuk berehat panjang. Banyak yang saya sudah fikirkan dan antaranya akan pergi bercuti.

“Kalau nak tahu, saya ini amat jarang keluar bercuti. Mungkin selepas semua tugasan selesai, saya akan menikmati rehat secukupnya,”katanya.





Source link

Leave a Reply