Minggu lalu, terdapat dakwaan mengenai ciri-ciri Apple Intelligence yang akan menjadi berbayar, yang sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan. Laporan juga menyebutkan analisis yang memberikan anggaran mengenai kos bulanan untuk ciri-ciri tersebut. Walaupun tiada siapa yang menjangkakan perlunya membayar untuk ciri-ciri yang lebih mahal ini dalam masa terdekat, mungkin menunggu akan lebih lama berbanding dengan pesaing-pesaing Apple.
9to5Mac memetik Mark Gurman dari Bloomberg dan buletin mingguan Power On beliau yang menyatakan bahawa walaupun jenama ini merancang untuk mula mengenakan bayaran bagi beberapa ciri Apple Intelligence, ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Ciri-ciri yang lebih canggih yang layak untuk dikenakan bayaran kepada pelanggan dijangka akan dibangunkan berdasarkan ciri yang sedia ada, tetapi laporan menyatakan bahawa ini mungkin masih tiga tahun lagi. Dan itu mungkin adalah senario paling baik.
Dalam laporan sebelum ini, Gurman mendakwa bahawa pelancaran Apple Intelligence itu sendiri telah ditangguhkan, dan tidak akan dilancarkan bersama iOS 18 dan iPhone 16 pada bulan hadapan. Sebaliknya, ciri-ciri pertama akan diperkenalkan dalam iOS 18.1 pada sekitar bulan Oktober. Selebihnya dijadualkan akan menyusul pada tahun depan.
Walaupun demikian, penting untuk dinyatakan bahawa sebutan khusus mengenai penantian tiga tahun bagi ciri premium Apple Intelligence tidak dijumpai dalam edisi buletin terbaru, seperti yang diperkatakan dalam laporan tersebut. Oleh itu, meskipun khabar angin dari sumber yang biasanya boleh dipercayai, harus diambil dengan sedikit keraguan, hal ini lebih-lebih lagi untuk kali ini.
(Sumber: 9to5Mac, Bloomberg)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.