Dalam zaman media sosial ini, rupa anak yang comel mungkin boleh menjadi daya penarik kepada pengikut. Oleh itu ramai ibu bapa suka menjadikan – anak comel sebagai subject content.

Tidak salah untuk ibu bapa memuji kecantikan/ kecomelan anak, tetapi jika ia dilakukan secara berlebihan dan tidak seimbang dengan nilai nilai lain, ia akan memberi kesan negatif kepada perkembangan peribadi anak anak.

Anak mungkin mula percaya bahawa nilai diri mereka terletak pada penampilan fizikal semata-mata, bukan pada sifat dalaman seperti kebijaksanaan, kebaikan, atau usaha.

Akibat terlalu mengutamakan rupa luaran, anak-anak mungkin kurang menghargai aspek-aspek lain dalam diri mereka, seperti bakat, kemahiran, atau pencapaian akademik.
.

Oleh itu sangat penting untuk ibu bapa memberi perhatian yang seimbang dan memberi pujian kepada kedua-dua aspek dalaman dan luaran lebih baik dalam membina keyakinan dan harga diri yang kukuh dalam diri anak-anak.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

Leave a Reply