PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd. Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemukan selamat. awal pagi ini

Ibunya ,Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, Siti Dhia Batrisyia ditemukan di sebuah restoran sekitar Seri Rampai, Setapak.

“Dhia selamat ditemukan, terima kasih atas doa kalian semua,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak tersebut keluar dari rumahnya sekitar Pudu, di sini, Selasa lalu.

Syarifah Rosfazila mendakwa, perselisihan faham antara dia dan anak pertama daripada dua beradik itu dipercayai punca kanak-kanak tersebut keluar dari rumah.

Dakwanya lagi, terdapat rakan kepada Siti Dhia Batrisyia memaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali didakwa dikenali melalui media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kehilangan kanak-kanak itu Khamis lalu.

Jelas beliau, lima individu individu telah dirakam keterangan terdiri daripada ahli keluarga serta rakan adik Situ Dhia Batrisyia.

Kes juga diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).-UTUSAN





Source link

3 PASANG RM50 KEBAYA KIDS BUDAK KANAK-KANAK (Clearance Dhia Cotton)
Shopee.com.my
5.0
RM55.00
3 PASANG RM50 KEBAYA KIDS BUDAK KANAK-KANAK (Clearance Dhia Cotton)
PEPLUM IRONLESS KANAK-KANAK PEREMPUAN BY DHIA IRONLESS
Shopee.com.my
5.0
RM55.00
PEPLUM IRONLESS KANAK-KANAK PEREMPUAN BY DHIA IRONLESS
(NEW)Baju Raya kanak-kanak ‼️ Kurung Mini Kids By Dhia Cotton
Shopee.com.my
5.0
RM50.00
(NEW)Baju Raya kanak-kanak ‼️ Kurung Mini Kids By Dhia Cotton
Peplum Rania RX READY STOCK by Dhia Cotton baju kurung cotton kanak kanak
Shopee.com.my
5.0
RM50.00
Peplum Rania RX READY STOCK by Dhia Cotton baju kurung cotton kanak kanak

Leave a Reply