KUALA LUMPUR -Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, seramai 9,000 saripada 10,500 ahli GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dipercayai berada dalam negara.

Menurut beliau, kerajaan telah menyediakan pelan tindakan pemulihan terhadap ahli GISBH meliputi tindakan pemulihan ke atas kanak-kanak GISBH yang ditempatkan di pusat penjagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Pelan tindakan pemulihan secara sukarela kepada ahli GISBH yang hadir untuk mengikuti sesi pemulihan secara sukarela juga dilaksanakan,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berapa ramai yang terlibat dalam rangkaian GISB dan rancangan untuk menguruskan mereka.

Terdahulu, Mohd Na’im menjelaskan,
kelewatan mengesan aktiviti GISBH kerana kumpulan berkenaan berselindung di sebalik kegiatan sah di sisi undang-undang.

Jelas beliau, proses mengumpul bahan bukti dan sumber diyakini serta boleh disahkan dari sudut perundangan perlu melalui penelitian yang tinggi.

“Dalam melaksanakan kajian yang komprehensif dan lengkap, ia bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi menangani amalan atau ajaran yang berselindung di sebalik aktiviti lain yang kelihatan benar dan sah.

“Proses ini tentunya tidak sukar sekiranya sesuatu ajaran atau amalan itu jelas dan terang-terangan bercanggah dengan syariat Islam dan amalan itu dapat dibuktikan dengan jelas dan kukuh,” katanya.

Ujar beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) namun telah bertindak mengikut ruang lingkup fungsi dan peranan yang ada dan tidak melakukan sesuatu tugas yang melangkaui fungsi pihak berkuasa lain. – KOSMO! ONLINE





Source link

-9%
Majalah DBP: Dewan Masyarakat 2023
Shopee.com.my
5.0
RM4.95 RM5.50
Majalah DBP: Dewan Masyarakat 2023
Dewan Masyarakat 2023 | Januari-Disember | Majalah DBP
Shopee.com.my
4.9
RM5.50
Dewan Masyarakat 2023 | Januari-Disember | Majalah DBP
Dewan Siswa 2023 | Januari-Disember | Majalah DBP
Shopee.com.my
5.0
RM3.50
Dewan Siswa 2023 | Januari-Disember | Majalah DBP

Leave a Reply