DBKL telah mengesahkan bahawa Lorong Tuanku Abdul Rahman akan ditutup hari ini (24 Ogos) bagi memberi ruang kepada operasi menyelamat mangsa lopak tanah.
Dalam pengumuman yang dibuat melalui Facebook, DBKL juga mengesahkan bahawa Program Santai Seni yang dijadualkan esok (25 Ogos) di kawasan tersebut telah ditangguhkan. Penutupan ini bukan hanya untuk memberi ruang kepada kerja-kerja menyelamat tetapi juga demi keselamatan orang ramai.
Dalam sidang media hari ini, PDRM mencadangkan agar peniaga di Masjid India menghentikan operasi mereka buat sementara waktu untuk mengelakkan risiko terdedah kepada gas toksik.
“Kebocoran gas boleh membahayakan kesihatan baik pengunjung mahupun peniaga.”
Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan, jadi ikuti kami untuk mendapatkan maklumat terkini!
Baca juga: “Tolong selamatkan emak saya” – Mangsa Lopak Tanah KL sepatutnya pulang ke India hari ini selepas bercuti selama 2 bulan