FROM SAGA WITH LOVE 2 ⁉️😱
Semalam min tengok page Viu Malaysia dan ternampak video Karma dengan kawan-kawan dia baca komen peminat siri From Saga With Love.
Dekat hujung video tu mereka memberi hint bakal ada season kedua dan memang confirm akan terbit musim kedua siri ini pada tahun 2024!
Siapa yang belum tonton lagi siri ni memang rugi sangat. Bagi min siri ni antara siri romcom lokal terbaik dengan kualiti yang sangat bagus! (bukan level drama kul 7 tau🫣)
________
Siri ni fokus pada kisah persahabatan empat orang sahabat yang boleh dikatakan tidak sengaja wujud antara mereka berempat.
Persahabatan mereka bermula apabila Karma ditugaskan menjadi spy kepada seorang pelakon/model terkenal bernama Bianca sewaktu mereka di Jepun.
Karma yang pura-pura pandai cakap Jepun ni bertemu pula dengan seorang pemuda bernama Sham yang fasih berbahasa Jepun serta tinggal di sana.
Kembara mereka di Jepun itu pula ditemani dengan kawan jurugambar/juruvideo bernama Bob.
Bermacam-macam perkara terjadi dan lama kelamaan mereka pun rapat sebagai kawan. Namun begitu, kerumitan timbul apabila antara mereka ada yang menyimpan perasaan.
*Korang boleh tengok kesemua episod From Saga With Love eksklusif hanya di #ViuMalaysia