Pelik tapi benar, meskipun kita semua ada selera yang berbeza, satu perkara yang buat kita bersatu adalah cinta kita terhadap haiwan yang comel. Contohnya, kucing oren terkenal di Malaysia, Oyen, yang jadi bintang media sosial seiring dengan capybara. Haiwan seperti Oyen mempunyai cara unik untuk mencuri hati dan mengubah mood kita.
Setiap hari, kita jumpa haiwan baru yang mengegarkan internet dengan sifat comel mereka. Dari Moo Deng, hippo lincah, hingga Pesto, penguin baby, haiwan-haiwan ini sedang hangat diperkatakan. Jom kita lihat 6 haiwan bintang terbaru yang jadi perbualan ramai:
1. Moo Deng
@khamoo.andthegang ฟังไม่รู้เรื่อง555 #hippo #ขาหมูแอนด์เดอะแก๊ง #หมูเด้งจะเด้งกี่โมง
♬ เสียงต้นฉบับ – ศาลเจ้ามังกรเนื้อทอง – ศาลเจ้ามังกรเนื้อทอง
Haiwan yang paling banyak dibincangkan sekarang adalah Moo Deng, hippo betina yang baru berusia dua bulan dari Zoo Khao Kheow, Thailand. Nama “Moo Deng” bermaksud “Bouncy Pig” dalam Bahasa Thai. Dengan sifatnya yang lincah dan ekspresi wajah yang menghiburkan, Moo Deng telah menjadi viral, terutamanya dengan ekspresi wajahnya yang nampak terkejut dan agak comel.
Kemasyhuran dalam talian dia menarik ramai pengunjung ke zoo, sehingga mereka terpaksa mengehadkan akses awam ke kandang Moo Deng. Sekarang, pengunjung hanya dibenarkan melihatnya selama lima minit pada hujung minggu untuk menguruskan orang ramai.
2. F1 Lizard
@f1 early contender for fastest lap🦎👏 #f1 #formula1 #singaporegp #lizard #godzilla
♬ original sound – Formula 1 – Formula 1
Baru-baru ini, lizard besar yang tidak dijangka mencuri perhatian semasa sesi latihan akhir F1 di Singapura. Lizard itu sewenang-wenangnya merayau di atas litar ketika kereta-kereta berlumba dengan laju, menyebabkan pegawai terpaksa menghentikan sesi dan membawa pemandu kembali ke pit untuk keselamatan.
Dalam suasana lucu, dua marshal Formula One mencuba untuk menangkap lizard yang lincah itu dan memindahkannya ke tempat yang lebih selamat. Kejadian ini telah menjadi viral, dengan peminat terhibur melihat gelagat lizard yang lari-lari sementara marshal mengejarnya—satu penglibatan yang tak dijangka di hujung minggu perlumbaan!
3. Amber
@pointingorangutan Amber the orangutan wants play-doh IN slime #orangutan #fyp
♬ original sound – Animal Crossing Nostalgia
Amber, orangutan berusia 36 tahun di Louisville Zoo, Kentucky, juga tidak kurang menarik perhatian dengan keperibadiannya yang playful. Sejak 1996, dia terkenal dengan cara uniknya berinteraksi dengan pengunjung, dengan sering mengetuk kaca untuk mendapatkan perhatian dan menunjukkan objek yang menarik perhatiannya. Tingkah laku ini kini menjadi viral di TikTok, dengan ramai pengguna yang meniru gelagat finger-pointing Amber.
4. Pesto
@sealifemelbourneaquarium From one icon to another—@katyperry come meet Pesto. 🐧💃 Catch this VIP (Very Important Penguin) at SEA LIFE Melbourne 🎶 #lifetimes
♬ original sound – SEA LIFE Melbourne – SEA LIFE Melbourne
Pesto, penguin king baby yang comel dari SEA LIFE Melbourne Aquarium di Australia, kini popular gara-gara saiznya yang mengagumkan dan bulu coklat yang unik. Pada umur sembilan bulan dan berat 22.5 kg, Pesto sudah lebih besar daripada ibu bapanya—menjadikannya bayi penguin terbesar di aquarium tersebut.
Ramai tertanya-tanya tentang bulu coklatnya, yang merupakan ciri khas penguin king. Mereka dilahirkan dengan bulu coklat yang akan mereka tukar seiring dengan pertumbuhan. Pesto juga mempunyai selera makan besar, di mana dia diberi lebih dari 30 ikan setiap hari—dua kali ganda daripada apa yang dimakan penguin dewasa!
5. Kitler
Universiti Malaya (UM) kini terkenal dengan pelantikan kucing kampusnya yang disayangi, Kitler, sebagai Pembantu Pelajar (PM) untuk Kolej Kediaman 9. Walaupun nama dan corak bulu yang menghampiri kumis, Kitler sebenarnya adalah betina. Kucing yang gemar ikan sardine ini mesti memastikan semua unit biro menjalankan tugas mereka dengan baik menjelang Minggu Hala Tuju (MHS). Diharap Kitler tidak ‘purr-crastinate’ dan melaksanakan tugas-tugasnya dengan gaya kucing!
6. Bella
@francisnguhownhua perempuan merajuk
♬ original sound – howhuangu – howhuangu
Bella, anjing comel milik pengguna TikTok @francisnguhownhua, telah mencuri hati pengguna internet Malaysia dengan reaksi manusiainya dalam video viral baru-baru ini. Dalam klip itu, Bella duduk di tempat duduk penumpang depan kereta, melihat ke luar dengan ekspresi merajuk jelas terpancar. Kenapa? Pemiliknya berseloroh mengatakan dia punya wajah “angkuh”, dan nampaknya Bella memang terasa. Walaupun pemiliknya cuba memujuk dan meminta maaf, Bella tetap berkeras, seolah-olah mengalami “hari buruk” kerana gurauan manusia kesayangannya.
Apa pula haiwan kesayangan yang paling mencuri perhatianmu?
Sumber: TheSun, CNN (1)(2), DailyDot, Instagram
Alia turut menyumbang dalam artikel ini.
Ikuti kami di Instagram, Facebook atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.