Korang dah tengok ke drama terbaru lakonan Jang Nara ni? Best gaiss..
GOOD PARTNER (2024)
Ada vibe2 macam drama Queen of Divorce tapi versi yang lebih serious. Mengisahkan tentang Han Yu-ri ( Nam Ji-hyun) seorang peguam muda yang ditawarkan bekerja disebuah firma guaman terkenal. Niat asalnya nak jadi peguam korporat tapi lain pula yang jadinya apabila dia dihantar ke bahagian penceraian. Disana, dia bertemu dengan Cha Eun-kyung (Jang Nara), seorang peguam penceraian veteran yang sangat hebat. Namun disebalik kehebatan Cha Eun-kyung menyelesaikan masalah rumah tangga orang lain, wanita tersebut sebenarnya sedang menghadapi krisis dengan suaminya sendiri.
Drama ni terbahagi kepada 2 plot utama iaitu kisah macam mana dua orang peguam yang berbeza generasi ni nak kerjasama dalam menyelesaikan kes-kes penceraian client mereka dan kisah bagaimana peguam senior tersebut nak berhadapan dengan masalah rumah tangganya sendiri. Bayangkan, suaminya kantoi curang. Curang pulak dengan orang yang terdekat dengannya. Aku taknak spoiler lebih-lebih cuma apa yang aku boleh cakap, Jang Nara dengan watak isteri tersakiti memang tak dapat dipisahkan🤣 Setakat 5 episode yang dah ditayangkan ni, bagi aku not bad. Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok drama ni dekat Viu.
#ViuMalaysia