NANTONG: Imbasan CT penyelam negara, Ooi Tze Liang, yang cedera ketika bertanding dalam acara akhir papan anjal 3 meter lelaki di Malaysian Open di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, menunjukkan keputusan yang normal.

Keadaan ini dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang segera menghubungi atlet berusia 30 tahun ini selepas beliau mengalami kecederaan kepala akibat terhantuk pada papan anjal semasa terjunan keduanya.

“Saya sudah mesej dia, dan dia okay. Dia boleh Whatsapp saya. Dia sedang diperiksa oleh doktor dan doktor kata jangan risau, imbasan CT normal,” katanya kepada pemberita.

“Ini satu berita baik. Saya lihat video itu dan betapa pantasnya mereka memberi bantuan. Institut Sukan Negara (ISN) yang pertama memberi saya maklumat. Saya juga telah beritahu CEO mereka untuk ambil langkah pemulihan untuknya,” tambah Hannah, yang hadir di Pertandingan Wushu ASEAN-China hari ini.

Ketika kemalangan itu berlaku, Tze Liang sedang bersaing bersama rakan sepasukannya, Muhammad Syafiq Puteh, serta penyelam dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura, dan malangnya beliau tidak dapat meneruskan saingan.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low, menyatakan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai yang memantau keadaan kecederaan Tze Liang.



Source link

GLOW SOAP CT SECRET
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
GLOW SOAP CT SECRET
Cc foundation by Ct Secret
Shopee.com.my
5.0
RM39.90
Cc foundation by Ct Secret
HOT ITEM Ct Secret skin solution ( glow soap)☘️
Shopee.com.my
5.0
RM20.00
HOT ITEM Ct Secret skin solution ( glow soap)☘️

Leave a Reply