Meski sudah 15 tahun berlalu, namun penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui masih gemuruh untuk menyanyi di pentas berprestij One In A Million (OIAM) yang pernah disertainya pada musim pertama.
Tampil memeriahkan pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pada minggu kedua, Dayang menyanyikan dua lagu hitsnya berjudul Hakikat Cinta dan Lemah, sekali gus turut menitipkan pesanan dan dorongan kepada barisan Top 14 yang bertanding, minggu lalu.
āSaya sehingga sekarang masih gemuruh apabila berada di pentas OIAM, lebih-lebih lagi menyanyi di hadapan penyanyi-penyanyi hebat ini.
āSedikit pesanan kepada para peserta, saya faham jika mereka risau atau gemuruh, tetapi bagi Dayang, setiap kali kita membuat persembahan, kita hanya perlu nyanyi, nikmati saat itu dan berikan sepenuhnya apabila berada di pentas. Anggaplah setiap kali anda menyanyi, itu adalah persembahan terakhir anda,ā katanya.Ā
Dalam masa sama, pelantun lagu popular Di Pintu Syurga ini bagaimanapun memahami tekanan yang dilalui oleh setiap peserta, selain akur mereka perlu berdepan dengan komen-komen netizen.
Justeru, Dayang menasihati kesemua peserta CSOIAM untuk bersedia terutamanya dari segi mental.
āSaya faham, dalam era media sosial sekarang, tekanan yang mereka hadapi jauh lebih tinggi, terutama dengan komen-komen daripada netizen. Sebaiknya, abaikan komen negatif itu dan fokus pada persembahan yang lepas untuk mengenal pasti di mana kesilapan berlaku.
āMeminta pendapat orang lain itu tidak salah, tetapi jika berlebihan, ia boleh mengganggu fokus, lebih-lebih lagi kerana pertandingan ini berlangsung setiap minggu. Saya benar-benar memahami betapa sukarnya untuk mengekalkan kekuatan mental dan jiwa yang teguh dalam situasi seperti ini,ā katanya lagi.
Minggu kedua yang dimulakan dengan Top 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkan pentas, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat. Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri.
Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.
Peserta paling āFIZZā minggu ini pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara Janji dengan persembahan yang penuh tenaga, kekuatan vokal, dan keaslian pada nada rendah yang terpancar. Kemenangan ini sekali gus membuka peluang keemasan buatnya berduet bersama penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan minggu hadapan, membawa dimensi baharu kepada persembahannya.Ā
Minggu hadapan, cabaran baharu! Persaingan diteruskan dengan baki 10 peserta yang akan berentap mengikut tema āRasa Paling Indahā, menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama kegembiraan. Mereka ialah Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid. Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.