PUTRAJAYA – Seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE





Source link

-14%
COO Commercial Induction Cooker CK-280
Shopee.com.my
RM1,188.00 RM1,381.40
COO Commercial Induction Cooker CK-280
COO Commercial Induction Cooker CK-350-1
Shopee.com.my
RM1,888.00
COO Commercial Induction Cooker CK-350-1
COO Commercial Induction Cooker CK-350
Shopee.com.my
RM1,388.00
COO Commercial Induction Cooker CK-350
High Quality Heavy Duty Induction Cooker 2800W 3500W
Shopee.com.my
RM1,138.00
High Quality Heavy Duty Induction Cooker 2800W 3500W

Leave a Reply