Oleh Davis Chong
Solarvest Holdings Berhad menyambut baik Belanjawan 2025, yang sejalan dengan cadangan kami untuk mempercepatkan peralihan tenaga bersih di Malaysia. Keputusan kerajaan untuk meneruskan inisiatif tenaga utama, termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) dengan dana sebanyak RM1 bilion sehingga 2026, menunjukkan komitmen mereka untuk membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui yang mampan.
“Belanjawan 2025 adalah langkah penting untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui. Dengan peruntukan lebih RM300 juta di bawah Dana Peralihan Tenaga Nasional (NETR), berbanding RM100 juta tahun ini, Malaysia bersedia untuk mempertingkatkan lanskap energinya. Permintaan yang tinggi terhadap tenaga solar dan Net Energy Metering (NEM) menunjukkan betapa pentingnya untuk melanjutkan NEM hingga Jun 2025. Ini akan membolehkan penyedia tenaga bersih seperti kami untuk lebih menyumbang kepada peralihan tenaga negara,” kata Davis Chong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Group CEO Solarvest.
Beliau turut menambah, “Solarvest berada di barisan hadapan dalam inovasi hidrogen hijau. Pengoperasian ladang solar terapung terbesar dan pertama di Malaysia pada 2019 menunjukkan kekuatan dan komitmen kami untuk pelbagai projek tenaga bersih. Kami tidak sabar untuk terlibat dalam Projek Ladang Solar Hibrid Terapung di Kenyir, hab hidrogen hijau di Terengganu, dan juga 10 projek utama NETR yang lain.”
“Di samping itu, e-rebat hingga RM70 juta disediakan bagi menggalakkan pengguna dan industri membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga. Ini bukan sahaja membantu individu dan perniagaan beralih kepada penyelesaian tenaga bersih tetapi juga galakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang menawarkan manfaat jangka panjang kepada ekonomi dan komuniti kita.”
Solarvest berharap untuk bekerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk mencapai matlamat kemampanan negara.
Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Group CEO Solarvest.