PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua pelabur terkemuka dari China iaitu China Investment Corporation (CIC) dan China International Capital Corporation (CICC) telah menyatakan minat untuk melabur di Malaysia.

Jelas Anwar, selain melabur, mereka turut melihat keperluan menpermudahkan kemasukan syarikat-syarikat China yang ingin mengembangkan operasi mereka di Asia Tenggara.

“Saya mulakan hari terakhir lawatan kerja di China dengan mengadakan satu lagi pertemuan bersama pelabur berpotensi iaitu China Investment Corporation (CIC) dan China International Capital Corporation (CICC).

“Dalam pertemuan ini, CIC dan CICC menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dan melihat keperluan menpermudahkan kemasukan syarikat-syarikat China yang ingin mengembangkan operasi mereka di Asia Tenggara,” katanya dalam satu hantaran di X hari ini.

Tambah Perdana Menteri, CICC turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan syarikat permodalan Malaysia bagi mewujudkan dana strategik yang menyokong pelaburan dalam sektor teknologi tinggi dan yang sedang pesat berkembang.

“Saya mengalu-alukan potensi peningkatan pelaburan China serta menegaskan kepentingan mempererat hubungan perdagangan dan ekonomi Malaysia-China.

“Malaysia juga komited untuk memperkukuh kerjasama serantau, khususnya menerusi Sidang Kemuncak ASEAN GCC+China,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE.





Source link

100 pcs - 18mm x 5yds CIC Black PVC Wiring Tape
Shopee.com.my
4.9
RM51.00
100 pcs - 18mm x 5yds CIC Black PVC Wiring Tape
APOLLO Masking Tape M506 Performance Crepe Paper Tape (18mm/24mm/36mm/48mm/60mm/72mmx 18 Yards)
Shopee.com.my
4.7
RM3.20
APOLLO Masking Tape M506 Performance Crepe Paper Tape (18mm/24mm/36mm/48mm/60mm/72mmx 18 Yards)
CIC CELLULOSE TAPE - CIC 12mm / 18mm / 24mm x 40 Meter
Shopee.com.my
5.0
RM44.00
CIC CELLULOSE TAPE - CIC 12mm / 18mm / 24mm x 40 Meter

Leave a Reply