Kisah cinta antara cikgu matematik dengan seorang pelajar lelaki disebuah sekolah berprestij berakhir dengan tragedi.
MELANCHOLIA (2021)
Slow pace tapi best. Macam biasa, lakonan LDH tak pernah mengecewakan. Kali ni dia membawa watak sebagai seorang pelajar sekolah menangah yang sangat meminati subjek matematik. Kisahnya, dia ni lahir2 je memang dah genius. Masa umur 5 tahun dia berjaya menyelesaikan soalan matematik untuk pelajar universiti. Pada usia 10 tahun dia dimasukkan ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) tapi malangnya berlaku sesuatu yang menyebabkan dia trauma dengan matematik.
Nak dijadikan cerita, beberapa tahun kemudian dia masuk ke sebuah sekolah menengah swasta dimana rata-rata pelajarnya adalah anak-anak orang kaya. Disana, dia bertemu dengan seorang guru wanita yang mengajar subjek matematik. Tanpa disangka-sangka guru tersebut banyak membantunya untuk menghilangkan traumanya terhadap matematik. Disebabkan berkongsi minat yang sama, hubungan mereka semakin lama menjadi semakin rapat. Disebabkan hal tersebut mereka berdua difitnah dan guru tersebut dibuang kerja.
Aku taknak spoiler lebih2. Kalau nak tahu sebab apa mereka difitnah, itu korang kena tengok sendiri. Cuma apa yang aku boleh cakap, pengurusan sekolah tu memang sangat2 korup. Mereka hanya mengutamakan pelajar2 dari keluarga yang berpengaruh sahaja manakala pelajar-pelajar biasa akan dipinggirkan. Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok drama ni dekat Astro GO.
#AstroGO
#StreamOnAstro
Dah tengok..agak slow tapi digagahkan juga demi Lee do Hyun Oppa hihi