JOHOR BAHRU – Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings SDN. BHD. (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, 65, memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini hari ini.

Turut membuat permohonan sama, isterinya, Azura Md. Yusof, 57, dan seorang lagi ahli GISBH, Mohamad Suhaimi Mohd. Sani, 28 yang merupakan Pengerusi Kafe Ikhwan di Kluang.

Permohonan itu dibuat bagi mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).

Nasiruddin dan Azura menamakan Menteri Dalam Negeri: Ketua Polis Negara; Kerajaan Malaysia; Pendakwa Raya dan Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga kelima.

Mohamad Suhaimi pula menamakan Menteri Dalam Negeri: Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Berdasarkan permohonan tersebut, mahkamah diminta membebaskan pemohon daripada tangkapan dan penahanan tidak sah, manakala tarikh pendengaran kes ditetapkan pada 4 Disember depan untuk pendengaran kes.

Menurut Rosli, tindakan itu merupakan hak yang ada pada pemohon untuk mempertikaikan penahanan dan dakwaan bahawa mereka terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.

“Kita failkan permohonan ini di sini kerana siasatan juga melibatkan kes dan premis perniagaan yang berada di Johor Bahru. Permohonan sama juga akan dibuat di negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita ketika ditemukan di pekarangan mahkamah.

Pada 23 Oktober lalu, Nasiruddin bersama 21 pengikutnya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak tahun 2020 mengikut Akta 130V (1) di Mahkamah Sesyen Selayang.

Mohamad Suhaimi pula akan didakwa di Mahkamah Kota Tinggi mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, petang ini. – KOSMO! ONLINE





Source link

BERPUASA CARA RASULULLAH
Shopee.com.my
5.0
RM10.50
BERPUASA CARA RASULULLAH
CEO Cafe Premix coffee 3 IN 1 with GANODERMA (sugar OR no sugar) 12g 1Box [ DIRECTLY FROM ORIGINAL FACTORY ]
Shopee.com.my
5.0
RM65.90
CEO Cafe Premix coffee 3 IN 1 with GANODERMA (sugar OR no sugar) 12g 1Box [ DIRECTLY FROM ORIGINAL FACTORY ]
{Ready Stock} KoPI CEO COFFEE (20 Sachets per Box)
Shopee.com.my
5.0
RM46.00
{Ready Stock} KoPI CEO COFFEE (20 Sachets per Box)

Leave a Reply