CelcomDigi telah melancarkan beberapa pas data baharu sempena Hari Merdeka Malaysia yang ke-67. Untuk meraikannya, syarikat telekomunikasi ini menawarkan dua pas untuk pelanggan postpaid dan prepaid dengan data sehingga 670GB, tetapi terdapat syarat bagi setiap pilihan.
Pilihan pertama adalah pas data 610GB yang menyediakan data 5G dan 4G, tetapi tempoh sahnya hanya selama dua hari. Pas ini berharga RM6.10. Untuk tawaran kedua, pengguna boleh membeli pas streaming video laju 670GB dengan harga RM6.70. Pas ini membolehkan anda menggunakan kuota tersebut untuk strim di Netflix, YouTube, iQIYI, Viu, dan Disney+ Hotstar selama lima hari. Kedua-dua pas ini boleh didapati melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.
Selain itu, terdapat juga promosi Merdeka untuk pakej Fibre-To-The-Room. Pakej asas yang datang dengan router dan satu unit slave untuk sambungan 1Gbps biasanya berharga RM1,440 dengan bayaran pemasangan RM480. Namun, dengan promosi terhad ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,176 dengan pemasangan percuma.
Tawaran Merdeka ini tersedia dari 13 Ogos hingga 19 September 2024. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari halaman Jualan 5G Gemilang CelcomDigi.
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.