Penasihat Cukai Kuala Lumpur kini beroperasi di lokasi baru di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim.
Menurut pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, pejabat di Menara Olympia, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya.
Bagi surat-menyurat, boleh dihantar ke alamat baru iaitu LHDN Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.
“Pejabat LHDN Kuala Lumpur sebelum ini telah mengeluarkan pengumuman penutupan melalui notis pemberitahuan pada 29 Mac sebagai amaran awal untuk memudahkan urusan cukai bagi pembayar cukai di kawasan tersebut,” menurut kenyataan LHDN.
Pembayar cukai juga boleh melawat pejabat agensi di Pudu Sentral atau pejabat LHDN berdekatan atau membuat temujanji melalui portal LHDN.