PERTANDINGAN MALAYSIA INFORMATION TECHNOLOGY CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES (MITC) BAGI TAHUN 2024
Pertandingan Malaysia Information Technology Challenge For Youth With Disabilities (MITC) Tahun 2024 sedang berlangsung bermula pada 23 hingga 26 Julai 2024 bertempat di Kolej Kejuruteraan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
MITC 2024 merupakan satu pertandingan yang dapat menyerlahkan bakat murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pada tahun ini, penganjuran MITC dilaksanakan secara dalam talian.
Seramai empat orang MBPK mewakili setiap kategori ketidakupayaan iaitu Masalah Pendengaran (DE), Masalah Penglihatan (BL), Masalah Pembelajaran (LD) dan Kurang Upaya Fizikal (PH). Jumlah penyertaan dari 16 negeri adalah seramai 128 peserta.
MBPK yang terbaik akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Global Information Technology Challenge for Youth with Disabilities (GITC).
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi