Bumi Armada Berhad baru saja mengumumkan bahawa anak syarikat penuhnya, Armada TGT Ltd, telah berjaya mendapatkan lanjutan kontrak selama 2 tahun untuk Projek TGT. Kontrak ini termeterai melalui Addendum Pindaan BBC antara ATL dan HLJOC.
Tempoh baru ini akan bermula pada 15 November 2024 dan berakhir pada 7 Disember 2026 dengan nilai kontrak sekitar USD 74.4 juta (lebih kurang RM319.9 juta). Yang menarik, terma lanjutan ini sama seperti terma dalam kontrak asal.
Kontrak ini melibatkan penyewaan Armada TGT1 FPSO kepada Hoang Long Joint Operating Company untuk bidang Te Giac Trang yang terletak di luar pantai Vietnam. Sejak memulakan operasi di Projek TGT, Armada TGT1 FPSO telah mencapai prestasi cemerlang, termasuk tiada insiden waktu hilang dan purata uptime minyak & gas melebihi 98%. Hebat, kan?