PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan daripada pengadu mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, PDRM sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dibuat.

“Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli membabitkan seorang pegawai kadet di UPNM.

Beliau menegaskan, budaya buli di universiti perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.

Semalam, ATM menegAkan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata siasatan terperinci terhadap kes itu sedang dilaksanakan pihaknya. – UTUSAN





Source link

-10%
Siri Young Aisyah: Pindah Rumah|Buli|Sayang Cikgu|Ponteng Puasa|Cuti Sekolah|Summer Camp|Operasi 3K|Sayang Nini
Shopee.com.my
4.9
RM8.90 RM10.00
Siri Young Aisyah: Pindah Rumah|Buli|Sayang Cikgu|Ponteng Puasa|Cuti Sekolah|Summer Camp|Operasi 3K|Sayang Nini
-9%
Buli: Aku Akan Kembali | The Wannababes [Buku Cerita | Novel Remaja] [Ain Maisarah] [Blink]
Shopee.com.my
4.9
RM10.80 RM12.00
Buli: Aku Akan Kembali | The Wannababes [Buku Cerita | Novel Remaja] [Ain Maisarah] [Blink]
[Iman Publication] Komik Karier - Psikologis Imran - Doktor Johari - Cikgu Akbar - Anziety, Buli dan Banjir
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
[Iman Publication] Komik Karier - Psikologis Imran - Doktor Johari - Cikgu Akbar - Anziety, Buli dan Banjir

Leave a Reply