KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikaitkan dalam kes buli siber terhadap pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat.

Majistret Arunjothy M.Selvaraju menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Sharlini Periasamy, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara tujuh hari dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Sharlini didakwa dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis, Lorong Kolan Air 8, Jalan Ipoh di sini pukul 4.10 pagi pada 1 Julai lalu yang didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM100 jika sabit kesalahan.

Mendiang Esha.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi, manakala Sharlini tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pengadu (sosial aktivis) telah menemui satu akaun TikTok alphaquinnsha atas nama tertuduh telah memfitnah mangsa dan membuat beberapa ugutan untuk mencederakan mangsa dengan nada paling ganas.

Tertuduh juga telah membuat siaran langsung di TikToknya dan membuat ugutan serta ancaman kepada individu yang menentangnya.Berikutan itu, mangsa (Esha) membuat laporan polis.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen seorang pemandu lori yang juga netizen dalam kes sama turut didakwa atas dua pertuduhan membuat komunikasi yang lucah dan aib di laman sosial TikTok.

Tertuduh Sathiskumar Balakrishnan, 44, mengaku salah bagi pertuduhan pertama iaitu komunikasi lucah, namun tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu mendatangkan aib.

Mengikut pertuduhan pertama, Sathiskumar didakwa melalui perkhidmatan aplikasi TikTok secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hukuman bagi pertuduhan pertama itu didakwa mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua, Sathiskumar didakwa melalui aplikasi sama, telah menggunakan perkataan dengan maksud hendak mengaibkan dan menganggu kesantunan ibu kepada Esha iaitu Puspa P.Rajagopal, 56, yang didakwa mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan maksimum sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 16 Ogos ini bagi sebutan semula kes berikutan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah dia memerlukan peguam bagi prosiding seterusnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang wanita dan lelaki dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap Esha.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun berhubung ugutan itu yang dibuat terhadap mangsa di TikTok.

Katanya, siasatan polis mendapati pengadu melihat dua hantaran berhubung fitnah dan ugutan terhadap Esha pada 30 Jun lalu.

Jelas beliau, semakan polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada polis namun disyaki sudah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun tersebut. – KOSMO! ONLINE





Source link

-10%
Siri Young Aisyah: Pindah Rumah|Buli|Sayang Cikgu|Ponteng Puasa|Cuti Sekolah|Summer Camp|Operasi 3K|Sayang Nini
Shopee.com.my
4.9
RM8.90 RM10.00
Siri Young Aisyah: Pindah Rumah|Buli|Sayang Cikgu|Ponteng Puasa|Cuti Sekolah|Summer Camp|Operasi 3K|Sayang Nini
-9%
Buli: Aku Akan Kembali | The Wannababes [Buku Cerita | Novel Remaja] [Ain Maisarah] [Blink]
Shopee.com.my
5.0
RM10.80 RM12.00
Buli: Aku Akan Kembali | The Wannababes [Buku Cerita | Novel Remaja] [Ain Maisarah] [Blink]
[Iman Publication] Komik Karier - Psikologis Imran - Doktor Johari - Cikgu Akbar - Anziety, Buli dan Banjir
Shopee.com.my
5.0
RM12.00
[Iman Publication] Komik Karier - Psikologis Imran - Doktor Johari - Cikgu Akbar - Anziety, Buli dan Banjir
Set POSTER INFOGRAFIK CEGAH VANDALISME DAN BULI di Sekolah 6 Items
Shopee.com.my
4.8
RM9.00
Set POSTER INFOGRAFIK CEGAH VANDALISME DAN BULI di Sekolah 6 Items

Leave a Reply