SHAH ALAM – Selepas dua hari diburu akhirnya buaya tembaga sepanjang 1.5 meter berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap di Taman Tasik Seksyen 7 di sini, malam ini.

Tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 10.30 malam di perangkap pertama yang dipasang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut.

“Betul” katanya ringkas.

Usaha membawa naik buaya itu sedang giat dilakukan Perhilitan Selangor. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply