Boss sombong bongkak dapat pekerja yang cekap, tapi tak reti nak hargai.
Master of My Own (2022)
Ning Meng mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang pelaburan dan bercita2 menjadi seorang pengarah pelaburan. Sejak tamat pengajian, Ning Meng tidak mendapat peluang utk mengejar cita2nya malahan terpaksa bekerja di bawah Lu Ji Meng, sebagai setiausahanya selama 3 tahun. Selama 3 tahun itu jugalah, Ning Meng bekerja dgn penuh tekun, cekap, amanah dan sangat berdedikasi sehingga dia dihormati oleh pekerja2 lain di situ kerana dapat “menjaga” Ji meng dgn bagus dan baik, yang terkenal dengan sikap sombong dan panas barannya, Hanya Ning Meng tahu bagaimana dan cara yang betul untuk bekerja dgn Ji Meng.
Genap 3 tahun, Ning Meng menyatakan hasratnya pada Ji Meng untuk pindah bekerja di bahagian project, tetapi dibantah sekerasnya oleh Ji Meng. Ji Meng cuba mengambil hati Ning Meng dgn membeli beg mahal dan berjenama tetapi semua itu tidak berjaya. Ji Meng memperkecilkan tugasan Ning Meng yang dianggap remeh selama ini, sedangkan Ning Meng banyak berkorban untuknya.
Ning Meng tetap berpindah ke department lain seperti yang diinginkannya, tetapi ada cabaran yang lain menunggunya dan memaksanya keluar dari syarikat tersebut.
Apakah kesudahan perjalanan kedua mereka.
Master of My Own boleh ditonton di ViuMalaysia.
#ViuMalaysia