PETALING JAYA: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta kejayaan berganda apabila memecahkan rekod dunia bagi memenangi pingat emas atas 72 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Seperti dijangka atlet berusia 25 tahun itu menepati sasaran untuk menghadiahkan sebutir lagi pingat emas buat kontinjen para negara selepas Cheah Liek Hou yang sebelum ini memenangi badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Bonnie merangkul pingat emas dengan penuh bergaya apabila melakukan angkatan 232kg memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 231kg yang dilakukannya di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun lalu.

Kejayaan tersebut menyaksikan Bonnie mempertahankan emas yang dimenanginya di Paralimpik Tokyo 2020.

Tempat kedua dimenangi atlet China, Hu Peng yang melakukan angkatan 214kg manakala gangsa menjadi milik wakil Itali, Donato Telesca (213kg).

Setakat ini, kontinjen para negara telah mengutip dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Perak dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru lelaki F20 (kecatatan intelektual) dan gangsa Eddy Bernard (100 meter T44). – UTUSAN

Source link

-33%
Bonnie Kasut Kerja Perempuan 13003610 / 529 Women Office Wear Shoe / Kasut Putih Jururawat
Shopee.com.my
4.9
RM53.00 RM80.30
Bonnie Kasut Kerja Perempuan 13003610 / 529 Women Office Wear Shoe / Kasut Putih Jururawat
-50%
Bonnie Ladies Wedges Peep Toe Sandal S19015510 RM59.99
Shopee.com.my
4.9
RM30.00 RM60.00

BONNIE Ladies SlingBack Wedges Sandal S19015610 RM59.99/Kasut Perempuan/Selesa Tali belakang/korean style/厚底鞋露脚趾
Shopee.com.my
5.0

Leave a Reply