KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 38 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening, Batang Kali, Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.04 malam tadi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan 38 mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita, lapan kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan yang menyewa di tapak perkhemahan itu,“ katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan selamat dan air di kawasan itu semakin surut.



Source link

Leave a Reply