KUALA LUMPUR: Bank Negara akan memberi taklimat kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Parlimen esok mengenai isu kenaikan kadar premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, taklimat yang diadakan secara tertutup bersama wakil BNM akan menyentuh bagaimana proses kelulusan kenaikan kadar premium insurans dilakukan.

Beliau berkata, ia bagi memberi pengetahuan mengenai kriteria kelulusan kadar premium insurans perubatan.

“Apabila berlaku kenaikan harga (kadar premium insurans perubatan), mereka perlu kelulusan daripada BNM. Jadi kami nak tahu bagaimana mereka (BNM) beri kelulusan.

“Kami nak memahami apa kriteria kelulusan. Justeru, BNM akan memberi taklimat kepada kita (Ahli Parlimen) esok. Kita akan dapat maklumat yang lebih lanjut daripada mereka di Parlimen secara tertutup.

“Kita tidak pasti (sama ada taklimat akan dihadiri Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour). Mungkin wakil,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Tze Tzin membangkitkan isu berkait kenaikan premium insurans selepas pihaknya menerima desakan daripada rakyat untuk mengkaji kenaikan caj hospital swasta yang meningkat dan tidak munasabah.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya memperoleh 197 aduan daripada rakyat antaranya berkaitan caj hospital swasta yang tinggi.

Berdasarkan surat diterima beliau daripada sebuah syarikat insurans, kenaikan kadar premium insurans perubatan seiring kenaikan inflasi kesihatan sebanyak 18 peratus selama tiga tahun berturun-turut.

Dalam pada itu itu, Tze Tzin menggesa Kementerian Kesihatan dan Bank Negara menyiasat isu kenaikan kadar premium insurans perubatan dan caj hospital swasta dengan menubuhkan pasukan petugas bersama.

Beliau turut menggesa badan bebas seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjalankan prosiding dan pendengaran awam.

“Tujuan kami bukan mencari kesalahan mana-mana pihak atau mengongkong keuntungan sektor kesihatan swasta.

“Tujuan kami adalah untuk menyeru kerajaan mencari penyelesaian kepada ekosistem kesihatan swasta dan pembiayaan kesihatan swasta yang mampan. Ia supaya sektor ini berkembang dengan sihat dan mampan,” katanya. – UTUSAN

Source link

Pen rincih duit lama dan tumbler shredded banknote duit rincih hancur keluaran bnm
Shopee.com.my
5.0
RM13.00
Pen rincih duit lama dan tumbler shredded banknote duit rincih hancur keluaran bnm
NEW Malaysia BNM Shredded Money Banknotes Cebisan Matawang Hancur = PaperWeight or Keychain
Shopee.com.my
5.0
RM39.99
NEW Malaysia BNM Shredded Money Banknotes Cebisan Matawang Hancur = PaperWeight or Keychain
Medallion bnm 60 years of central banking bank negara malaysia peringatan commemorative medal
Shopee.com.my
5.0
RM750.00

Leave a Reply