Biasanya tekanan darah normal sahaja.
Tetapi bila berada di dalam bilik doktor, jantung mula berdegup laju. Bacaan tekanan darah mencanak naik secara tiba tiba.
Inilah yang dinamakan sebagai sindrom “white coat hypertension.
.
White Coat Hypertension sememangnya satu istilah yang wujud dalam kamus perubatan.
Dalam situasi ini, pesakit akan berasa gementar dengan persekitaran dan suasana di klinik/ hospital sehingga menyebabkan tekanan darah meningkat dari paras normal.
Adakah ini bermakna anda ada masalah tekanan darah tinggi?
Belum lagi.
.
Biasanya, doktor akan meminta pesakit untuk melakukan pengawasan tekanan darah sendiri di rumah.
Kemudian, pesakit akan diminta membawa rekod bacaan tekanan darah tersebut untuk di nilai.
Sebab itu penting untuk memiliki alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah. Anda boleh catatkan tekanan darah sendiri di rumah dah tunjukkan kepada doktor.