Berdasarkan kisah benar. Bekas peninju Olimpik latih samseng sekolah.
COUNTDOWN/ COUNT (2023)
Filem ni mengisahkan tentang seorang bekas peninju Korea yang terpaksa menjalani kehidupan sukar selepas memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988. Kalau nak ikutkan, bukan salah dia. Tapi disebabkan kontroversi keputusan perlawanan itu, dia secara suka rela membuat keputusan untuk bersara dan memulakan hidup barunya sebagai cikgu PJ disebuah sekolah luar bandar.
Nak dijadikan cerita, suatu hari, dia dibawa oleh pengetua sekolah untuk menyaksikan satu pertandingan tinju. Disana, dia melihat ada seorang remaja yang sangat hebat bertinju tetapi kalah kerana berlakunya aktiviti mengatur perlawanan. Disebabkan marah dengan hal tersebut, dia memutuskan untuk membuka kelab tinju di sekolahnya. Dia pun mengrekrut remaja yang hebat tadi ke dalam kelabnya bersama beberapa pelajar lain yang rata2nya pembuli dan kaki gaduh disekolah.
Maka bermulalah misinya untuk membawa pasukannya menang dalam setiap pertandingan yang disertai. Tapi tak mudah gaiss. Macam2 dugaan yang dia kena hadap. Aku taknak spoiler lebih2, korang kena tengok sendiri. Korang boleh tengok filem ni dekat Astro GO.
#StreamOnAstro
#AstroGO
Source